News Articles/Reports
Year 2008
Year 2007
Year 2006
Year 2005
Year 2004
 
Newsroom
News Releases
Publications
 
More Media News on SingHealth
Changi General Hospital
KK Women's and Children's Hospital
Singapore General Hospital
National Cancer Centre Singapore
National Dental Centre
National Heart Centre Singapore
National Neuroscience Institute
Singapore National Eye Centre
SingHealth Polyclinics

Print friendly version   print friendly version

30 April 2008
JURURAWAT CEMERLANG -- BANTU PULIH
Berita Harian


FOTO: M. O. SALLEH

CIPTAAN BERMANFAAT: Cik Norhayati Ahmad (kiri) dengan seorang kakitangan hospital, Cik Rokiah Jaafar, 61 tahun, yang menunjukkan bagaimana alat bantuan berjalan untuk pesakit ortopedik digunakan.


Cipta alat bantu pesakit lebih yakin berjalan selepas dibedah sambil kawal sendiri ubat morfin

SEBAGAI pengurus jururawat kanan di Hospital Besar Singapura (SGH), Cik Norhayati Ahmad sering memikirkan bagaimana para pesakit dapat dibantu untuk sembuh dengan lebih cepat.

 

Memandangkan beliau bekerja di wad ortopedik yang berkaitan dengan penyakit otot-otot dan tulang, beliau terfikir bagaimanakah lagi para pesakit yang baru menjalani pembedahan, misalnya, di lutut, pinggul atau tulang belakang mereka, dapat dibantu untuk berjalan dalam tempoh yang lebih cepat dan dengan lebih selesa.

 

Jika mereka sembuh lebih cepat, mereka boleh dikeluarkan dari wad hospital dengan lebih segera.

 

Maka, timbullah di dalam fikirannya pada lewat 2004 lalu, idea untuk membentuk sebuah alat bantuan berjalan yang dilengkapi keperluan pesakit yang baru dibedah, seperti tempat untuk meletakkan ubat penahan sakit yang dapat dikendalikan sendiri oleh pesakit, dan tempat untuk menggantungkan kantung air kencingnya.

 

Ia seperti alat bantuan berjalan empat kaki biasa yang digunakan oleh orang sakit atau orang tua, cuma diubahsuai lagi dengan kemudahan-kemudahan tadi dan juga roda di dua kaki depannya untuk memudahkan perjalanan.

 

Dengan adanya alat ini, pesakit yang baru menjalani pembedahan, misalnya di lutut, boleh bangun dan berjalan kaki keesokan harinya tanpa halangan kerana ubat penahan sakitnya seperti morfin, boleh dibawa sekali dan digunakan jika perlu, sambil pesakit berjalan-jalan di sekitar wad.

 

Berjalan selepas pembedahan adalah satu senaman yang berguna untuk pesakit ortopedik yang baru dibedah kerana ia membantu penyembuhan lebih awal.

 

“Prinsip di sebalik ciptaan alat ini ialah untuk membuat pesakit lebih yakin untuk berjalan selepas dibedah. Tapi ramai pesakit sebelum ini susah hendak berjalan selepas dibedah kerana ubat morfin mereka yang digunakan untuk menahan sakit, tidak boleh dibawa ke mana-mana. Tetapi dengan alat bantuan berjalan yang sudah diubahsuai, ini boleh dilakukan.

 

“Pesakit boleh kawal sendiri bila beliau perlukan ubat morfin itu melalui perkakas ‘patient-controlled analgesia’ yang dipasang di hadapan alat bantuan berjalan tersebut,” jelas Cik Norhayati, 51 tahun, yang sudah bekerja dalam khidmat kejururawatan selama 24 tahun dan pernah mengikuti latihan ortopedik di Jepun selama setahun.

 

Bersama kumpulan jururawat lain dan doktor yang memberikan pandangan, Cik Norhayati mencipta alat bantuan berjalan tersebut yang didapati bukan saja dapat mempercepat penyembuhan pesakit, malah mengurangkan kos rawatan mereka kerana mereka boleh keluar lebih awal dari hospital.

 

Menurut SGH, dalam tahun pertama alat itu diperkenalkan, penjimatan sebanyak $56,000 telah dicapai. Pada masa yang sama, setiap bulan sebanyak 42 katil dapat dikosongkan lebih awal untuk pesakit yang lain kerana penggunaan alat ini.

 

Kerana peranannya meningkatkan mutu khidmat klinikal di hospital itu, Cik Norhayati telah diberikan Anugerah Kecemerlangan GCEO (ringkasan bagi Group Chief Executive Officer) oleh SingHealth pada 9 April lalu.

 

Beliau merupakan antara 38 orang yang dicalonkan untuk menerima anugerah itu yang akhirnya diberikan kepada sembilan kakitangan SingHealth yang paling cemerlang.