SingHealth
Keep in touch:
Facebook Youtube RSS Picas
Increase Font Size   Decrease Font Size   Print Page   Email Friend
08 Aug 2009
Diberi peluang perkembang kerjaya  
Berita Harian - pg 14 


CIK MAIZURA: Diberi biasiswa $50,000 untuk mengejar sarjana muda kejururawatan di Australia

TIDAK seperti sangkaan ramai, seseorang  jururawat  boleh memperkembang bidangnya daripada setakat  penjagaan pesakit.

Seorang  jururawat wad urologi Hospital Besar Singapura (SGH), Cik Nur Maizura Abdul Rahim, umpamanya sedang   mengejar cita-cita   menjadi jururawat penyelidikan.

Jururawat yang berpegang pada prinsip ‘belajar sepanjang hayat itu   setapak lebih dekat kepada impiannya  apabila beliau dianugerahi biasiswa bernilai sekitar $50,000 untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda.

Cik Maizura, 26 tahun, menerima Biasiswa SingHealth-Institut Kejururawatan Lanjutan Alice Lee itu dalam satu majlis sempena Hari Jururawat, yang disambut setiap 1 Ogos, baru-baru ini.

 Ibu  seorang bayi perempuan berumur lapan bulan itu antara lapan penerima biasiswa tersebut.

Ketika dihubungi, Cik Maizura berkata beliau telah menerima surat tawaran daripada Universiti Curtin di Perth, Australia, bagi program sarjana muda  kejururawatan.

 Beliau akan menghabiskan masa setahun  di sana.

“Jururawat boleh memperkembang kerjaya mereka dan memasuki cabang lain kejururawatan. Bidang ini tidak tertutup dan terhad seperti yang disangka ramai.

“Kami boleh menceburi cabang-cabang    yang kami minati, seperti   kejururawatan klinikal,    kejururawatan penyelidikan,    pengurusan dan mengajar (teaching),” kata Cik Maizura yang berkelulusan diploma dan diploma lanjutan kejururawatan Politeknik Nanyang (NYP).

Bagi beliau,  adalah sangat penting bagi  jururawat  terus mempertingkat diri. Ini kerana para pesakit kini rata-rata  lebih berpengetahuan dalam penyakit mereka dan  jururawat harus  mengetahui lebih daripada mereka.

“Secara keseluruhannya bidang ini telah membentuk saya menjadi seorang yang lebih baik  dan menyedarkan saya betapa pentingnya kehidupan ini. Saya betul-betul ingin membantu orang lain dan tidak pernah  berputus asa,” kata Cik Maizura.

Biasiswa tersebut turut diberi kepada tiga   jururawat yang bakal melanjutkan pengajian di  peringkat sarjana dan doktor falsafah.

Ia   dibentuk  pada 2005 bagi menggalak dan menyokong jururawat SingHealth yang ingin mencapai tahap lebih tinggi dalam pengajian  mereka serta mempertingkat sumbangan mereka kepada penjagaan serta pengurusan di sini.

 

Conditions & Treatments
Find A Doctor
Book An Appointment
Admission And Charges
Events
Newsroom
Health XChange
Quick Links
Subscribe to RSS Feed