SingHealth
Keep in touch:
Facebook Youtube RSS Picas
Increase Font Size   Decrease Font Size   Print Page   Email Friend
30 Jul 2009
Buku panduan merawat luka 
Berita Harian - pg 10 


MERAWAT LUKA SEBAIKNYA: Buku ini dihasilkkan oleh para jururawat SingHealth dan akan delancarkan esok sempena Hari Juruawat Sabtu ini.

BAGAIMANAKAH cara yang baik menyembuhkan luka, termasuk luka di kaki yang dideritai pesakit kencing manis?

Panduan mengenai hal ini dan cara-cara merawat luka yang lain termuat dalam sebuah buku baru yang diterbitkan oleh SingHealth sempena sambutan Hari Jururawat lusa. Ia akan dilancarkan esok.

Luka-luka lain yang dimaksudkan termasuk luka selepas pembedahan seperti selepas caesarean untuk melahirkan bayi dan pembedahan untuk menebuk lubang di perut untuk memasang beg stoma.

Beg stoma adalah beg yang dipasang untuk masalah seperti kolostomi, iliostomi dan urostomi agar najis besar atau kecil dapat disalurkan keluar dari tubuh ke dalam beg atau kantung di luar tubuh pesakit. Ada pesakit yang menggunakannya buat sementara waktu, ada untuk selama-lamanya.

Buku panduan ini bertajuk Wound Management Guide for Healthcare Professionals dihasilkan oleh para jururawat SingHealth.

Mengulas, Profesor Madya Lim Swee Hia, Pengarah Kumpulan Kejururawatan SingHealth, menulis dalam prakata buku tersebut:

“Luka boleh menjejas pesakit secara fizikal, sosial dan psikologikal, dan ada pesakit yang terpaksa hidup dengan luka di tubuh sehingga akhir hayat mereka.

“Oleh yang demikian, penjagaan luka adalah satu aspek kritikal dalam penjagaan kesihatan pesakit yang memerlukan kumpulan penjaga dalam pelbagai bidang yang mahir dan berdedikasi.”

Buku ini adalah yang keenam dihasilkan oleh para jururawat SingHealth dengan sumbangan daripada doktor dan karyawan kesihatan seperti pakar podiatri (pakar penyakit kaki) dan pakar pemakanan.

Selain buku ini, lima lagi buku yang telah dihasilkan para jururawat SingHealth ialah Cultural Journeys: By Nurses for Nurses (2007), SingHealth Language Cue Book (2007), Pharmacology for Nurses – A Quick Guide Handbook (2006), Pictorial Communication Aid (2005) dan SingHealth Pocket Guide for Nurses (2004).

Conditions & Treatments
Find A Doctor
Book An Appointment
Admission And Charges
Events
Newsroom
Health XChange
Quick Links
Subscribe to RSS Feed