SingHealth
Keep in touch:
Facebook Youtube RSS Picas
Increase Font Size   Decrease Font Size   Print Page   Email Friend
01 Aug 2009
12 jururawat terima anugerah dan 11 berpeluang lanjut pelajaran 
Berita Harian - pg 2 


PENERIMA ANUGERAH DAN BIASISWA:
(Dari kiri) Cik Norhayati Ahmad dan Cik Siti Zawiyah Mohd dari SGH serta Cik Rohanah Pagi dari SingHealth Polyclinics adalah antara 23 jururawat yang terpilih untuk menerima anugerah dan biasiswa. - Foto The Straits Times


PERAYAAN Hari Jururawat yang diadakan di Pusat Mata Nasional Singapura (SNEC) semalam mengiktiraf sumbangan para jururawat dengan 12 daripada mereka diberi anugerah sementara 11 lagi terpilih untuk melanjutkan pelajaran.

Anugerah Kejururawatan SingHealth-Yayasan Lee-Yayasan D. S. Lee, anugerah tertinggi yang diberikan kepada jururawat, telah diberikan kepada 12 jururawat daripada tiga kategori – ketua jururawat (nursing leaders) dan jururawat berdaftar (enrolled nurses) dan jururawat bertauliah (registered nurses).

Mereka menerima plak, pin kolar dan hadiah wang tunai $2,000 setiap seorang.

Antara penerima anugerah itu ialah empat jururawat Muslim – Penolong Pengarah Jururawat Hospital Besar Singapura (SGH), Cik Norhayati Ahmad; Jururawat Kanan Klinik SingHealth Polyclinics, Cik Rohanah Pagi; Jururawat Kanan Berdaftar Kanan SingHealth Polyclinics, Cik Ayshabeevi Abdul Rahman; dan Jururawat Kanan Berdaftar SNEC, Cik Aisah Md Said.

Anugerah tersebut mengiktiraf kerja-kerja mereka yang cemerlang, dedikasi terhadap pekerjaan mereka dan minat yang sangat mendalam.

Perayaan itu turut menyaksikan 11 lagi jururawat menerima anugerah Biasiswa SingHealthAlice Lee Institute of Advanced Nursing untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).

Tahun ini, lapan jururawat akan mengambil program sarjana muda, antaranya dua jururawat Melayu/Islam di SGH – Cik Siti Zawiyah Mohd dan Cik Nur Maizura Abdul Rahim.

Tujuan biasiswa itu adalah untuk mempertingkat mutu sumbangan jururawat kepada penjagaan pesakit dan pengurusan di Singapura.

Tetamu terhormat, Menteri Tenaga Manusia, Encik Gan Kim Yong, telah terlebih dahulu mengunjungi Poliklinik Outram dan mengagihkan pekpek hadiah kepada para jururawat di sana.

Ketika ditemui, beliau berkata adalah penting bagi para pekerja mempertingkat diri dengan terus bekerja, atau bagi yang tidak bekerja, mendapatkan pekerjaan menerusi program-program seperti Program Kemahiran bagi Peningkatan dan Ketahanan (Spur).

Conditions & Treatments
Find A Doctor
Book An Appointment
Admission And Charges
Events
Newsroom
Health XChange
Quick Links
Subscribe to RSS Feed