SingHealth
Keep in touch:
Facebook Youtube RSS Picas
Increase Font Size   Decrease Font Size   Print Page   Email Friend
23 May 2008
DUA PASUKAN PERUBATAN SINGAPURA KE MYANMAR -- Beri bantuan kesihatan dan kecemasan kepada mangsa di Yangon 
Berita Harian - pg 6 

Oleh
Azahar Mohd

DUA pasukan bantuan perubatan Singapura berlepas ke Yangon, Myanmar, semalam bagi memberi bantuan kecemasan dan merawat mangsa taufan Nargis.

Mereka terdiri daripada empat doktor, lapan jururawat dari kumpulan penjagaan kesihatan SingHealth dan National Health Group (NHG) dan dua kakitangan perubatan dari Persatuan Palang Merah Singapura.

Pasukan itu akan berada di Yangon selama dua minggu.

Mereka dihantar Kementerian Kesihatan (MOH) untuk memberi bantuan kesihatan dan kecemasan selepas Myanmar bersetuju Isnin lalu untuk membenarkan Asean menghantar pasukan perubatannya.

Ketua misi perubatan itu, Dr Arif Tyebally, berkata pasukannya akan menyediakan perubatan asas kepada mangsa taufan Nargis yang kini ditempatkan di khemah-khemah pelarian.

"Walaupun terdapat hospital, bekalan perubatan kini terhad dan para penduduk hanya menerima penjagaan kesihatan yang terbatas.

"Tumpuan kami ialah untuk memastikan para mangsa sekurang-kurangnya menerima perubatan asas,' ujarnya, yang ditemui di Pangkalan Udara Paya Lebar semalam.

Pasukan yang dianggotai paramedik, pakar bedah dan pakar bius itu akan membawa bekalan perubatan seperti antibiotik, pembalut luka dan ubat-ubatan.

Salah seorang jururawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH), Cik Arenawathy Md Shah, 43 tahun, melahirkan harapan agar dapat membantu sekurang- kurangnya 250 mangsa taufan di Yangon.

Seorang lagi jururawat, Encik Muhammad Azmi Abu Shah, 23 tahun, yang pertama kali ke luar negara, berkata walaupun ghairah, beliau berharap dapat membantu seberapa ramai mangsa yang termampu.




 


Conditions & Treatments
Find A Doctor
Book An Appointment
Admission And Charges
Events
Newsroom
Health XChange
Quick Links
Subscribe to RSS Feed